Tuesday, March 31, 2015

Ambition dari kecik

Assalammualaikum w.b.t

Aku ada ambitions yang terlalu banyak. Kalau aku kira dari kecik sampai sekarang ni aku still ada ambition tau. I can never stop being so ambitious. Dah lah aku ni jenis yang susah nak buat keputusan, indecisive la katakan. Nak pikir tempat makan pun boleh buat gaduh tau sebab semua pun jawab taktau taktau, memang wujudnya kedai makan taktau ni.
Sesiapa yang nak bukak cafe or restaurant boleh lah namakan kedai korang "Tak Tau" gerenti ramai pergi sebab soalan common bila tanya makan mana.. Taktau ialah jawapan kita.

K. tu je pasal makan. aku nak sambung pasal ambition aku pulak ni.

First masa aku 5-6 tahun, aku nak jadi ni :



LAWYER

Tapi tak boleh. sebab turned out aku ni suka loyar buruk berbanding suka bela orang. aku senang kalah dalam argument sebab aku senang terpengaruh sangat. 


Pastu aku nak jadi ni 


AHLI BOMBA

Aku rasa cool gila aku jadi ahli bomba perempuan. Pastu aku pikir-pikir yang aku takut tinggi sangat pastu aku ni penakut gila. Dulu kucing pun aku takut. Api lagi lah aku takut. Camne aku nak jadi bomba ni?

So aku tukar lagi ambition aku jadi 


JUDGE / HAKIM

Sebab aku suka nak tegakkan keadilan. Kalau kau salah, kau salah. Takde nak nego nego. Sebenarnya aku tertarik nak pakai rambut putih gulung gulung tu lepas tengok cerita Mr. Bean. kan aku dah cakap yang cepat terpengaruh kan


Pastu aku tukar lagi. Ni time Form 3 aku teringin nak jadi ni


SINGER LIKE TAYLOR SWIFT

Time 2009, time aku form 3, Taylor swift ni popular sangat sangat. Semuanya start after aku and bestfriend aku masuk singing competition kat sekolah. Pastu kitorang menang first place. Entah sedap entah tak kan. Kitorang nyanyi lagu Taylor Swift - Love Story. So aku decide nak jadi penyanyi sebab aku minat gila Taylor swift. Wau Taylor Swift, you really did give me some encouragement to become one. Maklumlah i kan pemalu kahkahkahkahkahkah

Pastu aku rasa macam aku takde masa depan kalau jadi penyanyi. Album tak laku nanti, konsert sunyi sepi sebab takde orang hahaha. Then aku fikir nak medidik anak bangsa sebab cikgu add maths aku kata aku boleh jadi cikgu. Aku rasa diberi galakkan. Ni semua time aku form 4.


CIKGU

Pelik tak kalau aku jadi cikgu? aku nak jadi cikgu cool tau. aku nak jadi cikgu yang peramah yang semua student suka tapi malangnya kita manusia tak perfect. Macam mana pun akan ada orang yang tak suka kita walau perfect mana pun kita rasa kan

Sebenarnya okay je aku nak jadi cikgu tapi sebabkan aku lagi suka mix and match baju pelik pelik aku dengan kawan aku decide nak jadi designer la since aku memang suka nak menjahit and design gaya guna bayangan minda sebab aku tak pandai lukis. 


DESIGNER

Ni cita cita aku yang selamanya akan ada. Well, senang je, kau ada mesin jahit, pen and paper, and kain, teruskanlah designing. Benda ni open, bila bila kau bileh buat. Sebab tu mama kata kat aku, cari kerja yang bebtul stable then baru pursue designing ni. hihi. love you ma sebab selalu bagi support. abah pon. 


Tapi kan, tak kisah lah berapa banyak pun dreams and ambition yang kau ada, at last kau akan pilih the best kan. Aku yakin dengan pilihan aku yang ini sebab mak bapak aku restu pilihan yang ni. Pilihan apa?


Pilihan aku untuk jadi doktor. 

Alhamdullilah aku dapat jugak buat keputusan. 
Jumpa kat Malaysia lagi 5 tahun InsyaAllah.

2 comments:

Blog's Followers