Monday, August 11, 2014

Hardship

Assalammualaikum w.b.t

Sesuatu yang berharga susah untuk dapatkannya. Ia memerlukan pengorbanan dan juga kerja kuat tanpa mengenal erti penat. Tidak lupa juga berdoa dan bertawakal selepas mencuba sedaya upaya. Dan disepanjang perjalan itu tidak semestinya semuanya indah. Jalan yang dipilih ada dugaannya yang tersendiri. Yang membawa kita ke penghujung adalah jika kita tidak pernah patah semngat untuk terus maju ke depan ketika menempuhi saat saat itu.

Saya tidak terkecuali. Sejak dulu hingga sekarang kalau nak diceritakan memang panjang jadi tidak perlu rasanya. Sejak sekolah rendah hingga sekolah menengah hinggakan ke universiti, saya rasa tidak terkira. Tapi setiap yang terjadi dalam hidup saya terima dan jadikannya sebagai pendorong untuk saya terus langkah dan maju ke depan. Memang tak boleh nak dinafikan setiap yang terjadi tu memang saya kesali dan menyoalkan kenapa semua itu berlaku. Ya lama kelamaan saya anggap itu semua peringatan dan cubaan kepada saya supaya lebih tabah dan kuat untuk mengahadapi hari esoknya.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Ya, saya yakin. Saya selalu membayangkan jika tiadanya pengalaman-pengalaman saya yang lepas, adakah saya masih orang yang sama hari ini, adakah saya masih akan bersifat begini, adakah saya akan hargai apa yang saya ada hari ini? Saya rasa tidak.


Kenapa saya tulis macam ni? Why do I care so much? Because I know and I observed teens or children nowadays they tend to be selfish to everything around them. They seem like they don't appreciate and thankful of what they already had and still ask for more. And then I figured out that maybe they don't go through much hardship.

Hardship makes us feel thankful :)

No comments:

Post a Comment

Blog's Followers