Tuesday, March 17, 2015

Perasaan bila orang baca blog ni

Assalammualaiku w.b.t

Hye semua.

Since I just finished my Bahasa Melayu oral presentation, I'll be writing everything in BM in this post, okay?

Tak ramai kawan-kawan aku tahu yang aku ada blog sebenarnya. Nampak tak betapa rendah dirinya aku sebab aku takdelah tinggi sangat sebenarnya. Okay, aku tahu itu hambar tapi siap kisah? (who cares?)

Memanglah aku ada letak link blog ni dekat Instagram punya website section, tapi aku tak sangka lah yang akan ada orang baca

Kadang-kadang aku nak jugak orang baca, maksud aku orang-orang sekeliling aku. Sebabnya, aku ni tak pandai sangat nak suarakan rasa hati aku. Jadi, aku lontarkan semua dekat dalam blog.Mungkin sebab tu agaknya orang ingat aku sombong, padahal tak pun. Aku nak kurangkan bercakap sebenarnya sebab yelah tak semua orang suka kita. Bila aku menulis kan, kalau orang tak suka boleh je terus tenkan butang pangkah dekat atas sekali belah kanan which I hope you guys won't do.

Alamak aku tertaip english. Maaflah, aku ni rojak sikit. Aku malu jugak bahasa aku ni tak betul kadang-kadang (selalu)

Bila ada orang sekeliling aku cakap yang diorang ada baca blog aku, aku betul-betul rasa malu. Aku bukan konon gedik malu bagai nak rak tapi aku seriously malu sebab aku tak rasa macam apa aku tulis ni macam bermanfaat sangat ke atau tak cukup matang. Kita kan budak-budak lagi.

Ada jugak kawan-kawan aku tanya, " Weh, kau tulis diari ke kat blog?". Aku tak rasa ni diari aku sebab aku sangatlah malas update setiap hari. Jadi pangkah kotak diari. Tandakan betul di kotak " Tempat meluah pendapat dan perasaan serta berkongsi maklumat"

Macam tu lah ceritanya. Aku tak kisah pun orang baca apa aku tulis sebab dapat latih aku untuk terus menulis jadi otak aku akan berkembang dan buatkan aku fikir lebih meluas. Yelah, kau ingat senang ke nak keluarkan idea bila menulis. Macam tulis karangan juga, kau mesti ada halatuju dan isi yang penting untuk disampaikan.



Aku bukan apa, selalu sangat aku kena layan macam tunggul sebab orang ingat aku ni heartless, emotionless sebab aku tak tunjuk kerana pada aku, takde sebab untuk aku jadi emotional. Tapi bila aku dah start emo nanti orang yang sakit, Jadi, aku diam dan membawa diri. Eh?

Aku gembira bergerak solo sekarang ni. Aku rasa bebas kehulu hilir pergi balik kelas.

Kalau orang kata kau lone ranger, kau anggukkan je. Cakap kat diorang "Those who are able to walk on their own(alone) doesn't mean that they are lonely, it's just that there are too matured"

I hear these too often so I became calmed.

Kalau korang baca blog aku, aku nak cakap terima kasih sangat-sangat. Janganlah judge orang berdasarkan kesalahan yang dilakukan, judge orang dengan benda yang baik dia lakukan kerana setiap kesalahan yang dilakukan itu pasti mempunyai sebab tertentu.

Bye, much love!

No comments:

Post a Comment

Blog's Followers