Thursday, February 26, 2015

Resepi : Roti Jala + Kari Ayam

Assalammualaikum

Sejak duduk dekat india ni aku rasa aku jadi bertambah rajin (kalau tolak masa yang aku habiskan untuk tidur tu semua lah kekeke).Mama pun kata cam tak percaya. Serious weh, kedai makan kat sini bukan banyak sangat pun sebenarnya. Eh, tpi banyak jugaklah tapi yang kau selera nak makan tu sikit je lah kedainya. Awal awal dulu aku macam jakun sikit asyik makan luar je padahal kitorang subscribed Mess setahun. Sekarang ni aku hilang sikit selera nak makan Mess ataupun makan luar. Dah lali dah muak jugak lah asyik makan yang sama je. Nak ditambahkan cerita, aku ni kan memilih sikit makan.

Nak makan yang orang lain masak aku boleh je tapi tekak aku uni cam lain macam sikit. Tekak aku takboleh tipu weh. Serious.. kalau aku rasa lain tu haa mulalah aku tak boleh nak telan dah and kau tau tau je lah outcomes tu apa kan.

So, i choose to cook. Well kengkadang jelah bila time class free or aku terlampau lapar. Satu lagi problem kat sini is diorang takde sayur hijau macam sawi. yang aku pernah tngok, bayam and bendi. Tu je sayur hijau aku pernah nampak.

Selalunya aku makan nasi putih dengan sardin or dengan telur + kicap. Heaven kau makan macam tu. Kalau tak pun aku goreng mihun ke, buat nasi goreng ke, maggie goreng ke, french toast je ke or buat spaghetti.

Dengar macam banyak kan, tapi tak banyak pun sebenarnya nak dibandingkan dengan berapa bulan dah aku duduk sini ni.

So, ni resepi nya :

Roti Jala

Tepung gandum + air + minyak + telur + pewarna (haritu kitorang guna serbuk kunyit sikit sebab takde pewarna) -  BLEND SEKALI SEMUA BAHAN BAHAN NI - pastikan tak cair sangat dan tak pekat sbb nnt susah nak menjala.

Proses menjala :

Panaskan pan, then letak setitik minyak and ratakan dlam pan.
Jala guna bekas menjala tu.


Kari Ayam (ala-ala express dan bahan campak campak je sebab kekurangan bahan time tu)

Panaskan minyak.

Tumis sekali - daun kari, bawang merah, bawang putih, bunga cengkih, kayu manis, halia

Dah naik bau, masukkan cili kering yang dah di blend / serbuk lada (utk nak pedas sikit) - sikit je ya!

minyak dah pecah (ensure yg lada tu dah masak)

masukkan serbuk kari ayam and kacau, tumis hingga naik bau jugak.

Masukkan ayam, ratakan ayam dengan bahan bahan dalam periuk tu and biar masak kejap sampai dah nampak putih putih ayam tu (macam half cooked gitu)

Then, tambah kentang and air secukupnya untuk cover ayam and kentang. Tambah garam secukup rasa.

Tunggu sampai kentang and ayam dah fully cooked, tambah santan or susu and kacau rata taknak bagi dia bergumpal.

rasa kuah kari tu cukup garam ke tak. Tmbah secukupnya okay!


Maka, dengan ini siaplah sudaaaaaaaaah !

excuse the presentation. al maklumlah dekat hostel ni bukan ada bekas cecantik pun. bujang style katakan.
roti jala ni simple je. Antara nak atau tak nak buat je kan. hehe

My Fav!



No comments:

Post a Comment

Blog's Followers